Tuesday 11 October 2016

I'M BACK!!!

Assalamu'alaikum ^_^

Lama betul biarkan blog ini bersawang.
In shaa Allah, saya akan kongsikan kembali elmu dalam ni 😊

Selamat membaca. Sudi-sudi la tinggalkan jejak di bahagian komen ye ♡♡

Saturday 29 September 2012

^_^

Lirik Lagu Sahabat Sejati - UNIC

Ku biar kalam berbicara

Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis

Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya

Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya

Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/sahabat-sejati-unic.html#ixzz27sf9jWH8

Sahabat


Sahabat?? Dia seorang yang sentiasa ada untuk kita dan kita akan sentiasa ada untuk dia. Duhai teman janganlah engkau bersedih.. walau jarak terpisah tapi hati kita akan sentiasa dekat. hubungan yang ikhlas akan sentiasa diredhai oleh ALLAH. percayalah.. jarak bukanlah 1 ukuran dalam memastikan sebuah ikatan yang terbina berderai seperti terjatuhnya kaca ke lantai. insyaalah selagi nyawa masih dikandung badan kenangan bersama kalian akan sentiasa di ingatan. :)



Pesanan Iman Al-Ghazali Tentang Kawan

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
[ Riwayat Al-Tabrani ]
Huraian:
  • Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
  • Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
  • Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.




Thursday 13 September 2012

Allah Sentiasa Bersama Hambanya

janganlah kamu berasa keseorangan kerana allah sentiasa bersama kita.. biar orang di sekeliling kita lari meninggalkan kita insyaallah Allah itu sentiasa ada untuk mendengar setiap rintihan kita.. janganlah kamu bersedih..


Dalam hidup ini
Tiada siapa yang mampu mencintai kita sepertimana Allah mencintai kita.

Cinta Allah kepada para hambaNya begitu mendalam.

Begitu indah dan begitu suci.

Allah mencipta kita dengan penuh rasa cinta

Lihat sahajalah bagaimana Allah menyayangi kita
Dia sentiasa ada bersama kita
Dia selalu sahaja bersedia untuk mendengar masalah kita
Dia tidak pernah bosan memperkenankan doa kita
Dia juga yang tidak pernah jemu membantu kita dalam kesusahan

Waktu kita terperangkap ke dalam lembah kegelapan

Tercari – cari cahaya
Dia hadir
Melimpahkan cahaya
Yang membuatkan iman yang tadinya malap
Kembali bernyala

Bila tiada sesiapa memahami kita,

Allah ada untuk memahami dan memujuki hati kita
Bila tiada sesiapa mahu mendengar kata hati kita,
Allah tetap setia mendengar setiap keluhan yang terlahir dari jiwa kita.
 Bila tiada sesiapa lagi yang ada dengan kita
Allah ada untuk menemani kita.

Ingat,

Jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan.
Allah itu sentiasa ada bersama kita.

Retrieve From:
 http://mohamednaqib.blogspot.com/2012/04/allah-sentiasa-ada.html

Tuesday 11 September 2012

Yakin Dengan Kemampuan Diri


setiap apa yang kita lakukan ada pro n kontra nye tapi kita perlu usaha.. orang lain bleh buat tak kan kita tak mampu buat.. cuba tanamkan sifat positif dalam diri.. :)
teringat lirik lagu Fikirkan Boleh.. 

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
KAU BOLEH!!!!!




Sunday 9 September 2012

Tegur Menegur

Perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan merupakan lumrah dalam kehidupan kita. apabila ianya berlaku jangan sesekali kita membuat keputusan dengan berprasangka bahawa pendapat yang dikeluarkan itu bertujuan memburukkan sesiapa.

Allah telah mengingatkan kita dalam surah yunus ayat 36 
 yang bermaksud: "Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun".

janganlah kita tergopoh gapah dalam membuat andaian atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujudnya cabar-mencabar, benci membenci. sebaliknya teguran itu perlu diteliti dan dihalusi disertai dengan kebenaran. Allah telah memerintahkan hambanya supaya saling menegur di atas setiap kesalahan yang dilakukan. 

Firman Allah di dalam surah an-Nahl ayat 125 
yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik"

Sesungguhnya  Rasulullah S.A.W telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda menegaskan: 
"sesiapa sahaja dia antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). jika tidak mampu maka tegurlah dengan lisannya. jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. namun, ini adalah keimanan yang paling lemah".

dalam menegur kita seharusnya berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata. kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan merumitkan keadaan. kegagalan untuk mengawal perasaan dalam berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh dan kesudahannya tercetusnya permusuhan di antara kita.

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Percakapan orang yang berakal muncul dari hati nuraninya. maka ketika hendak berbicara terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan maka dia hendaklah tidak melafazkannya. sesungguhnya ornag yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan". 

Tips Menegur dengan Bijak:

1) Kumpulkan Informasi Akurat

Dalam menegur seseorang, anda harus memiliki alasan dan informasi yang akurat. tanpa hal ini anda boleh diangggap sewenang-wenangnya. tapi ingat jangan mencari kesalahan orang lain. ertinya anda harus menegur secara objectif.

2) Tegurlah Segera

Jangan menunda-nunda masa untuk menegur kerana hal ini akan menyebabkan orang yang ditegur itu merasa itu bukanlah kesalahan.

3) lakukan Secara Personal

Ingatlah jangan pernah menegur di tengah khalayak ramai dan dengan bantuan orang lain. lakukan empat mata dan pilih tempat yang melindungi privasi, bersikaplah profesional serta jangan mempermalukan orang tersebut di depan orang lain.

4) Fokus Pada Persoalan

Teguran hendaklah jangan melencong dari persoalan. jangan menyinggung hal-hal yang tidak ada kaitan dengan masalah pokok. apatah lagi peribadi. Selain itu, jangan mengungkit kesalahan di masa lalu kerana hal tersebut akan mengesankan bahawa anda seorang yang pendendam. (sangat bahaya)

5) Dengarkan Pembelaannya

Beri kesmpatan pada orang yang anda tegur untuk memberi penjelasan. Hal ini juga membanttu anda dalam memecahkan persoalan dan memberikan jalan penyelesaiannya. Jangan biarkan  mereka melakukan kesahan lagi hanya kerana mereka tidak tahu apa yang anda inginkan.

6) Lakukan Dengan Tegas & Adil

Teguran harus dilakukan dengan tegas dan adil dan jangan hanya menegur orang yang anda tidak suka. jika anda hanya menegur orang-orang tertentu anda akan dicap pilih kasih dan tidak adil. Hal yang tidak kalah penting, dalam menegur tunjukkan sikap untuk membantu bukan menghukum.

7) Buatlah Komitmen Perbaikan

Bicarakan cara penyelesaian yang dapat anda dan dia lakukan untuk perbaikkan keadaan, buat persepakatan, tenrukan batas waktu. akhiri prosedur sesi teguran dengan saling pengertian, kemudian lihat kepada pembaikkan yang dilakukan..

:) selamat beramal