Sunday 9 September 2012

Tegur Menegur

Perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan merupakan lumrah dalam kehidupan kita. apabila ianya berlaku jangan sesekali kita membuat keputusan dengan berprasangka bahawa pendapat yang dikeluarkan itu bertujuan memburukkan sesiapa.

Allah telah mengingatkan kita dalam surah yunus ayat 36 
 yang bermaksud: "Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun".

janganlah kita tergopoh gapah dalam membuat andaian atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujudnya cabar-mencabar, benci membenci. sebaliknya teguran itu perlu diteliti dan dihalusi disertai dengan kebenaran. Allah telah memerintahkan hambanya supaya saling menegur di atas setiap kesalahan yang dilakukan. 

Firman Allah di dalam surah an-Nahl ayat 125 
yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik"

Sesungguhnya  Rasulullah S.A.W telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda menegaskan: 
"sesiapa sahaja dia antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). jika tidak mampu maka tegurlah dengan lisannya. jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. namun, ini adalah keimanan yang paling lemah".

dalam menegur kita seharusnya berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata. kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan merumitkan keadaan. kegagalan untuk mengawal perasaan dalam berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh dan kesudahannya tercetusnya permusuhan di antara kita.

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Percakapan orang yang berakal muncul dari hati nuraninya. maka ketika hendak berbicara terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan maka dia hendaklah tidak melafazkannya. sesungguhnya ornag yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan". 

Tips Menegur dengan Bijak:

1) Kumpulkan Informasi Akurat

Dalam menegur seseorang, anda harus memiliki alasan dan informasi yang akurat. tanpa hal ini anda boleh diangggap sewenang-wenangnya. tapi ingat jangan mencari kesalahan orang lain. ertinya anda harus menegur secara objectif.

2) Tegurlah Segera

Jangan menunda-nunda masa untuk menegur kerana hal ini akan menyebabkan orang yang ditegur itu merasa itu bukanlah kesalahan.

3) lakukan Secara Personal

Ingatlah jangan pernah menegur di tengah khalayak ramai dan dengan bantuan orang lain. lakukan empat mata dan pilih tempat yang melindungi privasi, bersikaplah profesional serta jangan mempermalukan orang tersebut di depan orang lain.

4) Fokus Pada Persoalan

Teguran hendaklah jangan melencong dari persoalan. jangan menyinggung hal-hal yang tidak ada kaitan dengan masalah pokok. apatah lagi peribadi. Selain itu, jangan mengungkit kesalahan di masa lalu kerana hal tersebut akan mengesankan bahawa anda seorang yang pendendam. (sangat bahaya)

5) Dengarkan Pembelaannya

Beri kesmpatan pada orang yang anda tegur untuk memberi penjelasan. Hal ini juga membanttu anda dalam memecahkan persoalan dan memberikan jalan penyelesaiannya. Jangan biarkan  mereka melakukan kesahan lagi hanya kerana mereka tidak tahu apa yang anda inginkan.

6) Lakukan Dengan Tegas & Adil

Teguran harus dilakukan dengan tegas dan adil dan jangan hanya menegur orang yang anda tidak suka. jika anda hanya menegur orang-orang tertentu anda akan dicap pilih kasih dan tidak adil. Hal yang tidak kalah penting, dalam menegur tunjukkan sikap untuk membantu bukan menghukum.

7) Buatlah Komitmen Perbaikan

Bicarakan cara penyelesaian yang dapat anda dan dia lakukan untuk perbaikkan keadaan, buat persepakatan, tenrukan batas waktu. akhiri prosedur sesi teguran dengan saling pengertian, kemudian lihat kepada pembaikkan yang dilakukan..

:) selamat beramal 




No comments:

Post a Comment